Saturday 28 July 2012

Latar Belakang Tamadun China



Latar Belakang Tamadun China

 Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga kebahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menanadakan satu peningkatan dalam tamadun China.Dinasti Chin bermula pada 221 S.M. dan berakhirpada tahun 206 S.M.
Peta Negara China
    Maharaja Shih Hwang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar.Jajahan takluknya amat luas sehingga keSungai Merah di Vietnam. Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa dengan jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

Pemerintahan dan Pentadbiran

 Pemerintahan dan Pentadbiran

Dalam tamadun China perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem pentadbiran berpusat. Perluasan kuasa ini juga telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221-206 S.M. Pada masa ini, konsep raja telah bertukar kepada maharaja. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon Kao Tsu. Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam. Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain. Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shih Hwang Ti.


 Hon Kao Tsu (Liu Bang)




Shih Hwang Ti

Perundangan

Perundangan
    Dalam tamadun China, sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama, iaitu hukumanberat dan bercorak kolektif . Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah legalisme. Undang-undang ini telah digubal dan diperkenalkan oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin. Mengikut falsafah trsebut, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia. Dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan. Undang-undangdan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa juga keadaan. Ini adalah perlu untuk membendung tindakan liar manusia, dan dengan sebab itu raja mesti memiliki kuasa yang utuh. Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentengan dangan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman selepasnya, iaitu Zaman Dinasti Han dari tahun 206S.M.-8M. Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia serta masyarakat.
Han Fei Tzu
Ajaran Confucius

Perluasan kuasa

Perluasan kuasa
    Dalam tamadun China, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Hwang Ti yang telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecildi China. Shih Hwang Ti memerintah secara autokratik , iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskankuasa golongan bangsawan dengan mutlak gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan empayar China daripada serangan orang gasar, beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China.
    Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang juga digelar Maharaja Tentera telah berjaya memperluas kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat. Antar kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor diutara, Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung diselatan. Pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negeri China telah berjaya diwujudkan.

Maharaja Han Wu Ti

Peningkatan ekonomi

Peningkatan ekonomi
    Dalam tamadun China, peningkatan ekonomi berlaku semenjak Dinasti Shang. Antara kemajuan yang dicapai termasuklah kemajuan dalam pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan, dan pembentukan persatuan perniagaan.
    Dalam bidang pertanian, sejak Zaman Dinasti Han lsgi, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan Ching, perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian. Sistem penanaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal. Kawalan terhadap banjir juga telah diambil berat dengan meggunakan terusan yang dibina.
    Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi. Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat. Hasil ini mula-mula dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai zaman Dinasti Tang. Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal si kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, barangan logam juga telah didagangkan.
    Hasil perusahaan China itu bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangakan di negeri China sendiri. Di nergeri China, muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar. Perkembagan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

Cara ikatan kolar kuda

Peningkatan Sosial

Peningkatan Sosial
Pendidikan
Tempat Peperiksaan Awam Tamadun China
Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan kesusteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci.
Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen, dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua, di ibu kota daerahdan tahap ketiga di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik. Peperiksaan awam tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun sementara peperiksaan awam tahap kedua dan ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.

Sains dan Teknologi

Sains dan Teknologi
Tamadun China menganggap astronomi sebagai ilmu sains negara.
Teknologi membuat kertas
  • Bermula di China pada tahun 105M.
  • Diperkenalkan oleh Chai Lun, pegawai di istana raja China.
  • Berjaya mencipta kertas dengan mencampurkan bahan mentah seperti rami, buluh, dan sayur-sayuran yang dicincang dan dijadikan pulpa.
  • Pulpa kemudian diratakan pada skrin poros, dituskan dan dikeringkan dalam kepingan yang tipis.