Saturday 28 July 2012

Peningkatan ekonomi

Peningkatan ekonomi
    Dalam tamadun China, peningkatan ekonomi berlaku semenjak Dinasti Shang. Antara kemajuan yang dicapai termasuklah kemajuan dalam pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan, dan pembentukan persatuan perniagaan.
    Dalam bidang pertanian, sejak Zaman Dinasti Han lsgi, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan Ching, perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian. Sistem penanaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal. Kawalan terhadap banjir juga telah diambil berat dengan meggunakan terusan yang dibina.
    Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi. Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat. Hasil ini mula-mula dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai zaman Dinasti Tang. Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal si kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, barangan logam juga telah didagangkan.
    Hasil perusahaan China itu bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangakan di negeri China sendiri. Di nergeri China, muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar. Perkembagan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

Cara ikatan kolar kuda

No comments:

Post a Comment