Saturday 28 July 2012

Peningkatan Sosial

Peningkatan Sosial
Pendidikan
Tempat Peperiksaan Awam Tamadun China
Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan kesusteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci.
Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen, dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua, di ibu kota daerahdan tahap ketiga di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik. Peperiksaan awam tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun sementara peperiksaan awam tahap kedua dan ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.

1 comment: