Saturday 28 July 2012

Sumbangan Tamadun China

Sumbangan Tamadun China
Tamadun China banyak menyumbang kepada tamadun hari ini. Agama Buddha, Confucianisme dan Taoisme merupakan antara warisan yang masih diamalkan hingga ke hari ini oleh ramai daripada penduduk dunia. Ilmu falsafah yang diperkenalkan seperti legalisme masih lagi dijadikan rujukan oleh ahli falsafah moden.

Teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar China dan pagoda merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contah seni bina. Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.

Tamadun China telah meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan maklumat geografi yang dapat digunakan sebagai sumber sejarah.

No comments:

Post a Comment