Saturday 28 July 2012

Sistem Sosial

Sistem Sosial
Masyarakat China pula pada dasarnya terbahagi kepada tiga kelas utama.Golongan pertama ialah golongan atasan yang terdiri daripada lapisan pentadbir seperti maharaja, keluarganya, pegawai bangsawan dan sida-sida.Kumpulan kedua terdiri daripada rakyat bawahan, iaitu golongan petani dan artisan.Golongan ketiga ialah golongan hamba. Kumpulan kedua dan ketiga merupakan kumpulan sokongan kepada kumpulan pertama.
Confucius pula membahagikan masyarakat China ini kepada empat kelas utama. Mengikutnya, golongan teratas ialah golongan sarjana. Mereka ini terdiri daripada pegawai kerajaan yang berpendidikan. Yang kedua ialah golongan petani dan merupakan tulang belakang kepada ekonomi China. Kumpulan ketiga ialah golongan tukang. Kumpulan paling bawah ialah pedagang. Namun demikian, strata masyarakat China ini bukannya sesuatu yang bersifat tegar. Setiap individu di China boleh menukar kelasnya kepada kedudukan yang lebih baik menerusi pendidikan.

Kumpulan yang dibahagikan oleh ajaran Confucius 

Kelas Masyarakat China

No comments:

Post a Comment