Saturday 28 July 2012

Seni bina


 Seni bina
Tamadun China mempunyai reka bentuk seni bina yang agak berlainan daripada tamadun lain. Salah satu seni bina yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar China. Tembok ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking. Sementara itu bandar-bandar China purba seeperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juga dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Tembok-tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu bata. Malahan di kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah lumpur. Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara.
    Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehingga kini ialah Kota Larangan. Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat hukuman, keraian dan perjumpaan. Sebuah lagi binaan penting di China ialah kuil  dan pagoda. Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu, dan pusat pemujaan. Namun demikian, bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetep bagi semua binaan dan tempat. Dalam tamadun China, terdapat pelbagai jenis pintu gerbang, tembok dan jambatan.

Tembok Besar China


1 comment:

  1. How to get to a casino site by phone with an Android phone
    On this page you will find the steps that you need to download a casino site software to install it. As luckyclub one of the easiest ways to do that is by

    ReplyDelete