Saturday 28 July 2012

Bahasa dan kesusasteraan

Bahasa dan kesusasteraan
Sejarah perkembangan bahasa dalam tamadun China adalah kurang jelas. Yang nyata wujud tujuh dialek utama di China, iaitu Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis, dan Fukien. Peningkatan sastera pula adalah jelas dengan adanya sokongan pihak kerajaan. Semasa Dinasti Han, Ssu-ma Chien telah mempertingkatkan bidang sastera prosa dengan karya yang bertajuk Shih Chi. Hasil karya beliau ini banyak menceritakan sosial, sejarah, kerajaan, pemimpin, dan beberapa aspek ilmu pengetahuan, dan ini menjadi ikutan dinasti seterusnya. Dalam bidang puisi muncul tokoh penting seperti Tu Fu, Li Po, dan Po Chu-I, iaitu semasa Dinasti Tang.Sastera China pada zaman Dinasti Han meliputi sajak dan cerpen. Seseorang yang terpelajar harus mampu bersajak untuk melahirkan pengeetahuan dan pemikirannya. 

Tu Fu
Li Po
Po Chu-I

 

No comments:

Post a Comment